Jeram Tengkek

Fakta Menarik Tentang Jeram Tengkek
- Terletak di Hutan Simpan Serting
- Merupakan Hutan Dipterokarp Pamah dan kaya dengan pelbagai faunanya seperti unggas dan serangga.
- Sungai Jempol dan Sungai Tanun yang mengalir deras membentuk beberapa jeram semulajadi yang amat sesuai sebagai tempat berkelah, bermandi-manda, dan berkhemah.
- Tengkek dikaitkan dengan peneroka pada suatu masa dahulu yang terpaksa mendaki bukit bertingkat-tingkat sehingga terpaksa menggunakan tongkat untuk mendaki. Kehadiran batu besar di jeram ini yang mempunyai lekuk ditengah batu tersebut yang dikatakan jejak kerbau dan jejak kanak-kanak.
- Batu kecil yang terdapat di jeram tersebut dahulunya dipanggil sebagai kapok digunakan sebagai kapok padi.
- Terdapat juga kepercayaan orang dulu-dulu yang mengatakan terdapat perkampungan bunian di Jeram Tengkek untuk orang kampung meminjam pinggan mangkuk untuk kenduri kahwin.
Kemudahan:

- Tandas
- Surau
- Tapak perkhemahan
- Wakaf
- Chalet
- Pejabat
- Pelantar
- Tempat letak kenderaan
Aktiviti:
- Berkelah
- Denai hutan
- Kg. Orang asli
- Jeram
- Berkhemah
Â
Terletak 30 km dari Pekan Bahau melalui jalanraya dari Pekan Bahau ke Kuala Pilah atau 75 km dari Seremban
Bagaimana hendak kesana:
Untuk sampai ke taman eko-rimba ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari pekan Bahau.
Â
Alamat
Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur,
Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Pilah,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel/Faks: 06-4811036/06-4842171
e-mail:Â ekopelancongan@ns.gov.my
Koordinat: 2.871335Â Â Â Â Â Â Â 102.182844